Tanggal 17 Mei 2010, SMK Bandar Putra telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah bertempat di Dewan Perdana Putra. Dengan bertemakan GURU PEMBINA NEGARA BANGSA, pelbagai aktiviti dijalankan sempena meraikan para pendidik yang tidak jemu-jemu mendidik anak bangsa. Jasamu sentiasa dikenang guru......
Peperiksaan Pertengahan tahun sedang dijalankan bermula 19 Mei 2010 bagi Tingkatan 4 dan 5 manakala 27 Mei 2010 akan bermula peperiksaan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Doa mengiringi setiap pelajar agar dapat menjawab dengan tenang dan terbaik untuk kecemerlangan pencapaian masing-masing. Semoga Berjaya!!!